Blog

4 Keadaan Manusia

4 Keadaan Manusia


Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad, di dalam Hikamnya ada yang menyentuh keadaan manusia di atas muka bumi ini kepada 4 bahagian:

Sesiapa yang dipermudahkan padanya akan pencarian akhirat dan disusahkan ke atasnya akan pencarian dunia maka dia adalah daripada pewaris para Nabi.

Meskipun dia disusahkan untuk pencarian dunia, dia tetap ridha dengan apa yang Allah telah tentukan untuknya.

Sesiapa yang dipermudahkan padanya akan pencarian akhirat dan dunia maka dia daripada orang yang Ahli Taat.

Allah SWT mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dia di atas muka bumi ini.

Sesiapa yang dipermudahkan padanya akan pencarian dunia dan disusahkan ke atasnya akan pencarian akhirat maka dia daripada orang yang terpedaya yakni istidraj.

Nikmat dunia yang dia peroleh itu, menyebabkan mendapat kemurkaan dan semakin jauh daripada Allah SWT.

Sesiapa yang disusahkan ke atasnya akan pencarian akhirat dan dunia maka dia daripada orang yang dibenci oleh Allah SWT.


Wallahu a\’lam..


/ Mutiara Islam / Tags:

Comments

No comment yet.

Tulis Komentar